FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan Empty

    BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16412
    Join date : 09/06/2009

    BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan Empty BI syarat wajib lulus SPM: Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan

    Post by Admin Fri Jun 12, 2009 10:09 pm

    KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

    Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

    "Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

    "Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.

    Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.

    Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.

    "Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.

    "Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

    Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.

    "Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

    Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.

    Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.

      Current date/time is Wed May 08, 2024 9:57 pm