FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI Empty

    KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16379
    Join date : 09/06/2009

    KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI Empty KGMMB sokong cadangan wajib lulus BI

    Post by Admin Fri Jun 12, 2009 12:57 pm

    SHAH ALAM – Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyokong penuh keputusan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran bahasa Inggeris di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, kesatuan tidak melihat pelaksanaan itu akan menimbulkan masalah kerana guru-guru yang mengajar subjek itu lulusan daripada bidang berkaitan.

    Menurutnya, masalah kecil mungkin akan timbul di kawasan pendalaman kerana ada antara guru bukan lulusan bidang berkenaan diminta mengajar subjek itu atas alasan kekurangan guru bahasa Inggeris.

    “Bila situasi ini berlaku, kita tidak boleh menyalahkan pelajar kerana tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.

    “Ini sebab, mereka telah berusaha membaca, menghafal dan mengulang kaji pelajaran dalam subjek itu tetapi jika guru itu sendiri tidak mampu mengajar dengan baik, macam mana pelajar dapat menguasainya.

    “Pihak kementerian perlu melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam sebelum melaksanakan usaha-usaha yang membawa kebaikan dalam sistem pendidikan kita hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

    Dalam pada itu, Mohamed Sabri juga mahu kementerian mengkaji punca lebihan guru pakar dan berkemahiran dalam subjek bahasa di sekolah bandar yang menyumbang kepada perbezaan ketara penguasaan bahasa Inggeris pelajar di luar bandar.

    Beliau berkata, guru bahasa Inggeris terutama di kawasan luar bandar perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran bagi menarik minat pelajar mempelajari bahasa itu.

    “Kalau boleh, hidupkan ‘Pembimbing Rakan Sebaya’ agar pelajar dapat berkongsi idea sekiranya berhadapan dengan masalah berbahasa Inggeris.

    “Penggunaan internet juga perlu digalakkan agar pelajar mendapat input lebih banyak berkaitan bahasa penting itu,” katanya.~Sinar Harian 12/6/09

      Current date/time is Sun Apr 28, 2024 3:03 am