FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Guru Pembina Negara Bangsa EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Guru Pembina Negara Bangsa EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Guru Pembina Negara Bangsa Empty

    Guru Pembina Negara Bangsa

    cikgu
    cikgu


    Posts : 13
    Points : 16354
    Join date : 11/06/2009
    Age : 47
    Location : Kuala Pilah

    Guru Pembina Negara Bangsa Empty Guru Pembina Negara Bangsa

    Post by cikgu Fri Jun 26, 2009 9:48 pm

    Guru merupakan insan yang mulia kerana mereka melaksanakan tugas mendidik anak watan untuk menjadi insan yang berguna. Tanpa mereka negara tidak akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berpandangan jauh. Oleh itu, guru memang merupakan insan yang bertanggungjawab membina sebuah negara dan bangsa yang gemilang.
    Jika ditelusuri secara mendalam, tanpa guru tidak mungkin seorang perdana menteri berkuasa, tidak mungkin seorang juruterbang mampu menerbangkan kapal terbang. Hal ini semuanya bermula daripada seorang guru. Oleh itu, guru merupakan aset terpenting dalam mendidik anak bangsa.
    Selain itu, guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar semasa proses pembelajaran. Oleh itu, para pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana gurulah penyalur ilmu dalam membina negara bangsa.
    Konklusinya, guru ibarat lilin yang menerangi alam ini. Tanpa guru tidak akan wujud pemimpin yang berwawasan. Hal ini kerana guru bersungguh-sungguh dalam membina anak bangsa. Disebabkan itu, lahirlah anak-anak bangsa yang berwawasan bagi menggantikan pucuk pimpinan pada masa hadapan. “Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka benarlah guru pembina negara bangsa dan akhirnya hargailah mereka sepanjang masa...

      Current date/time is Thu May 02, 2024 1:36 pm