FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara Empty

    Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara

    avatar
    kembara09


    Posts : 12
    Points : 16310
    Join date : 12/06/2009
    Age : 37
    Location : Kuala Pilah

    Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara Empty Tiga watak manusia perosak agama, masyarakat dan negara

    Post by kembara09 Sat Jun 20, 2009 11:00 am

    DISEBUTKAN dalam al-Quran watak manusia yang selalu mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan iaitu watak yang mempersenda agama serta merosakkan ummah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahawa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 204-205)

    Watak pertama ialah manusia bermulut manis di bibir tetapi hati penuh racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan mempesonakan ramai orang. Dia dianggap baik hati, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan pemikir untuk kepentingan umum tetapi hakikatnya lain di bibir lain di hati.

    Watak kedua pula perosak masyarakat, yang tidak rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan masyarakat semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Antara musibah manusia sebegini adalah lahir kumpulan suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Rasulullah SAW mengingatkan dalam sabda: “Janganlah kamu mencaci maki pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan kamu juga.” (Hadis riwayat at-Thobarani)

    Watak ketiga, manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

    Manusia sebegini disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa saja sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Kita perlu berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Masyarakat bertamadun akan mengelakkan diri daripada perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun, selain Allah, pelindung atau penolong mereka.” (Surah al-Ahzab, ayat 17)

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 1:16 pm