FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Rombak kaedah belajar BM, BI EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Rombak kaedah belajar BM, BI Empty

    Rombak kaedah belajar BM, BI

    cikgu
    cikgu


    Posts : 13
    Points : 16357
    Join date : 11/06/2009
    Age : 47
    Location : Kuala Pilah

    Rombak kaedah belajar BM, BI Empty Rombak kaedah belajar BM, BI

    Post by cikgu Sun Jun 28, 2009 8:55 am

    SHAH ALAM 27 Jun - Kerajaan disaran merombak semula kaedah pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris bagi mengukuhkan penguasaan kedua-dua bahasa itu di kalangan pelajar sekolah.

    Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, cadangan itu dibuat kerana beliau berpendapat pelaksanaan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak semestinya akan meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut.

    "Kita bercakap daripada segi pengajaran dan pembelajaran bahasa, soal penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tidak timbul.

    "Sebaliknya, pembelajaran kedua-dua bahasa perlu ditingkatkan dengan bahasa Melayu perlu diberikan keutamaan yang sebaiknya," kata beliau ketika berucap merasmikan Kolokium Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid di sini hari ini.

    Tambahnya, antara pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam dua bahasa itu ialah menambah masa pembelajaran di sekolah dan mengubah sistem pengajaran mengikut kesesuaian usia pelajar.

    Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu melihat dan menetapkan persepsi bahawa bahasa Melayu dan Inggeris merupakan satu perkara yang berlainan dan ia tidak boleh ditambah atau dikurangkan antara satu sama lain dalam pembelajaran.

    "Bahasa Melayu dan Inggeris adalah berbeza daripada segi sistem dan strukturnya," jelas beliau.

    Ungku Aziz juga mahu kerajaan meneliti dan memperbanyakkan sumber maklumat termasuk buku-buku berkaitan sains dan teknologi dalam bentuk terjemahan bahasa Melayu.

    Katanya, ketika ini beliau mendapati tidak begitu banyak terjemahan bahan-bahan ilmiah dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan bidang berkenaan.

    "Sebagai contoh, Sains dan Matematik tidak tertakluk pada pengunaan bahasa Inggeris kerana kedua-dua mata pelajaran itu sendiri merupakan 'bahasa simbolik'.

    "Jadi dua mata pelajaran ini boleh diajar dalam pelbagai bahasa. Malah dengan ada banyak rujukan dalam bahasa Melayu, saya fikir tidak ada masalah untuk menguasai bidang-bidang ini," ujarnya. -UM

      Current date/time is Fri May 03, 2024 11:36 am