FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Magnet cinta Allah EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Magnet cinta Allah EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Magnet cinta Allah EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Magnet cinta Allah EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Magnet cinta Allah EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Magnet cinta Allah EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Magnet cinta Allah EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Magnet cinta Allah EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Magnet cinta Allah EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Magnet cinta Allah Empty

    Magnet cinta Allah

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16413
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    Magnet cinta Allah Empty Magnet cinta Allah

    Post by curve Sun Jun 21, 2009 11:20 pm

    ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan
    atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak
    menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan
    dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan
    fitrah setiap insan.
    Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat
    kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan
    akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul.
    Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan
    wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah
    berfirman yang bermaksud:
    Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)
    Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta
    kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah
    mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan
    memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.
    Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi
    tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya
    yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.
    Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar
    dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia
    dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah
    itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala
    kekurangan.
    Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati.
    Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan.
    Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan
    rahsia yang seni Very Happy

      Current date/time is Sat May 11, 2024 9:31 pm