FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan Empty

    Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16418
    Join date : 09/06/2009

    Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan Empty Babi Selsema, Manusia Mati Bergelimpangan

    Post by Admin Tue Jun 16, 2009 1:37 am




    Lima lagi diserang H1N1, jumlah 17 kes
    Jun 15, 09 8:04pm
    Lima lagi kes selesema A (H1N1) disahkan melanda negara hari ini, menjadikan kes semuanya 17 sejak 15 Mei lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Semua kes terbaru itu dilaporkan akibat jangkitan di luar negara.

    Mangsa ke-17 seorang wanita Malaysia berusia 26 tahun yang pulang daripada melancong di Melbourne dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Kes ke-16 pula seorang penduduk Amerika Syarikat, pelajar 14 tahun yang pulang untuk melawat keluarganya di Sabah.

    Pelajar perempuan itu kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

    Mangsa ke-15 seorang penduduk tetap Malaysia yang berusia 16 tahun dan kini belajar di Melbourne yang pulang untuk bercuti.

    Keluarga pelajar kini sedang dikuarantin, sementara remaja lelaki itu dirawat di Hospital Sungai Buloh.

    Dua lagi membabitkan seorang pelajar lelaki 12 tahun yang pulang bercuti di Manila, dan seorang pelancong Britain, 25, kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas mengalami tanda-tanda diserang selesema itu di Pulau Tioman.

    Ibu pelajar itu dan teman wanita warga asing itu kini sedang dikuarantin. ~ Malaysiakini.com


    Selsema Babi merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang sering ditemui dalam kawanan babi. Ia disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berjangkit di kalangan spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan pada manusia sejak 1988. Ketika artikel ini diolah (16 Jun 2009), penyakit ini telah merebak lebih daripada 30 000 kes di 74 buah negara (termasuk Malaysia) dan melibatkan 145 kematian. (17 kematian di Malaysia).

    Dulu kita agak terkejut dengan penyakit JE (Japanese Encephalitis) yang disebabkan oleh virus yang dibawa oleh babi yang dipindahkan kepada manusia melalui vektor nyamuk. Kemudian berlaku pula selsema burung yang sebenarnya tidak berjangkit kepada manusia, namun virus ini telah mengganda diri dan telah menjangkiti babi, dan kemudian manusia. Kini, tiba giliran H1N1 pula.

    Sekiranya kita mengkaji realiti ini secara teliti dan mendalam kita tidak dapat menafikan bahawa penglibatan haiwan yang kita kenali sebagai babi in memainkan peranan yang cukup besar dalam menyebarkan penyakit-penyakit tersebut.

    Sejak dahulu lagi pengharaman babi di dalam Islam dilihat dengan begitu serius. Contoh terbaik adalah apa yang dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab. Abu Umamah meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar Al-Khattab ra pernah berkata, “Berlatihlah ketangkasan berkuda, berhati-hatilah dan jangan kamu berakhlak seperti orang-orang ‘ajam (orang bukan Islam), jangan mendekati khinzir atau menegakkan salib di antara orang-orang Muslim”. Laits bin Abi Sulaim meriwayatkan bahawasanya Khalifah Umar ra pernah menulis surat kepada penguasa daerah dan memerintahkan mereka supaya membunuh khinzir dan membayar ganti rugi dengan mengurangkan pembayaran jizyah (bayaran yang wajib dibayar oleh kafir zimmi kepada Daulah Islam). Semuanya itu menunjukkan bahawa kaum Muslimin mahupun kafir zimmi dilarang memelihara atau pun melakukan perdagangan babi baik di dalam negeri mahupun dengan pihak luar negara. Diriwayatkan juga bahawa Khalifah Umar Al-Khattab mengecam Samurah bin Jundub yang mahu menerima pembayaran kharaj dan jizyah dari kafir zimmi yang berupa hasil penjualan arak dan khinzir. Ketika itu Khalifah Umar berkata dengan tegas, “Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutuk Samurah iaitu pegawai kami di Iraq kerana dia mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan hak kaum Muslimin itu. Arak dan khinzir adalah haram dan hasilnya juga adalah haram!” (Lihat kitab Musannaf, Abdurrazzaq Jilid VI halaman 75 dan jilid X halaman 196). Lebih jauh dari itu Khalifah Umar berkata, “Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan meminumnya” [Sunan Al-Baihaqi 6/14].

    Oleh kerana itulah, kita dapati bahawa Khalifah Umar ra menetapkan syarat bagi kafir zimmi agar tidak membiarkan khinzir milik mereka berkeliaran di jalan-jalan tempat lalu lintas kaum Muslimin. Kemudian beliau mengambil tindakan yang lebih keras lagi iaitu memerintahkan pembunuhan khinzir yang ada pada kafir zimmi dan membayar penggantian harganya dengan dipotong dari jizyah yang wajib mereka bayar kepada Daulah. Semua yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khatab ra memperkuatkan lagi mafhum ayat tentang keharaman segala jenis aktiviti yang terkait dengan khinzir, termasuk penternakan. Dalam suratnya yang dikirimkan kepada pemerintah-pemerintah daerah, beliau mengatakan antara lainnya “Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang Nasrani di antara kamu yang menegakkan salib-salibnya dan jangan menghadiri jamuan makan yang di dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang kuda dan belajarlah memanah”. Apa yang diperintah oleh Khalifah Umar itu tidak dibantah oleh seorang sahabat pun. Mereka sepakat bersetuju dengan tindakan Umar yang melarang penternakan khinzir dan tidak membolehkan seorang Muslim ataupun kafir zimmi memelihara khinzir di dalam Daulah Islam. [sila rujuk SN 170]Hari ini, peranan babi dalam menyebarkan pelbagai penyakit sudah tidak dapat dinafikan lagi. Bagi para pemimpin, tugas mereka adalah untuk menjaga maslahat rakyat. Alangkah baiknya ladang-ladang babi yang ada ditutup, orang kafir yang makan babi dinasihatkan agar menukar diet mereka dan keperluan daging babi hanya diimpot dari luar. Inilah tindakan yang amat wajar. Ingatlah babi baru kena selsema, manusia sudah mati bergelimpangan.

      Current date/time is Fri May 10, 2024 6:41 pm