FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Menjana Modal Insan Gemilang EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Menjana Modal Insan Gemilang EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Menjana Modal Insan Gemilang Empty

    Menjana Modal Insan Gemilang

    avatar
    kembara09


    Posts : 12
    Points : 16382
    Join date : 12/06/2009
    Age : 37
    Location : Kuala Pilah

    Menjana Modal Insan Gemilang Empty Menjana Modal Insan Gemilang

    Post by kembara09 Sat Jun 13, 2009 6:53 pm

    GURU diberi tugas untuk “menjana modal insan gemilang” bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses pengajaran dan pembelajaran.
    Insan gemilang adalah puncak daripada kejayaan-kejayaan yang membawanya ke arah kecemerlangan. Kejayaan pula ialah penggunaan secara maksimum kebolehan yang ada pada diri seseorang untuk menghasilkan pencapaian. Dalam hal ini kebolehan ialah potensi atau fitrah yang dikurniakan oleh Allah yang harus diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan sepertimana yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, untuk membawa seseorang pelajar itu ke arah kegemilangan, maka ia harus bermula lebih awal iaitu melalui proses memperkembangkan potensi individu secara berterusan. Melentur buluh biarlah dari rebung!
    Potensi individu mampu diperkembangkan secara berterusan melalui aktiviti kurikulum maupun kokurikulum. Guru harus mengintegrasi dan menggandingkan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang diperlukan oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Inilah modal yang perlu dimiliki oleh setiap insan dalam kehidupan yang serba mencabar. Ilmu dan kemahiran bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.
    Kita tidak mahu melahirkan pelajar hanya bersifat “ulat buku” tetapi perlu melahirkan pelajar yang diumpamakan “akar pokok” yang sentiasa menjalar meniti zaman bagi mengukuhkan pohon tersebut. “Ulat buku” adalah hasil daripada perpindahan ilmu daripada pelbagai sumber ke otak manusia tanpa melalui proses transformasi yang akhirnya akan mati kekenyangang. “Akar pokok” ialah perpindahan ilmu yang membawa kepada penerokaan, inovasi yang berlandaskan “survival” atau keinginan untuk hidup serta memahami falsafah kehidupan secara lebih bermakna.
    Garis panduan tentang pengintegrasian kemahiran sudahpun dibuat dalam kurikulum kebangsaan. Ia merangkumi pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, strategi penjanaan minda kritis & kreatif, pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran serta pelbagai kaedah dalam pemupukan nilai-nilai murni yang merangkumi semangat patriotik.
    Persoalannya sekarang sejauhmanakah pengintegrasian ini dapat diwujudkan serta dilaksanakan secara berkesan. Pada pandangan saya guru harus memahami proses pengintegrasian ini agar pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berperanan sebagai pemindahan ilmu tetapi mampu menerapkan kemahiran melalui perkembangan potensi yang akan membawa perubahan ke atas dirinya.
    Sebagai contoh sesuatu aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum maupun kokurikulum perlu mempunyai unsur pengintegrasian seperti berikut yang merangkumi aspek ilmu dan kemahiran:
    Perkembangan ilmu: pendedahan ilmu merangkumi teori, prinsip, konsep terhadap sesuatu topik pembelajaran.
    Perkaitan dengan kehidupan: guru harus mampu menyedarkan pelajar perkaitan antara ilmu yang dipelajari dengan kehidupan masa sekarang serta kehidupan masa depan yang merangkumi kepentingan ilmu yang dipelajari, bidang kerjaya yang boleh diceburi, sumbangan yang boleh diberi, keperluan serta penyelidikan yang perlu dicari, inovasi yang perlu dibuat, kesan dan akhibat yang akan diterima serta keperluannya kepada negara.
    Perkembangan kemahiran belajar: Dalam proses penimbaan ilmu guru harus menggalakkan penggunaan pelbagai strategi, kaedah yang merangkumi kemampuan menggunakan alat berfikir (thinking tools) dalam menganalisis atau mentafsir yang membawa kepada penyelesaian sesuatu masalah serta aplikasi pelbagai mod pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses mengakses atau memproses maklumat.
    Perkembangan kemahiran generik: melalui langkah-langkah atau prosedur sesuatu aktiviti pelajar mampu membina sahsiah seperti keyakinan diri, toleransi, pengurusan masa, bekerjasama, sayang menyayangi yang membawa ke arah menghargai nilai kehidupan.
    Pengintegrasian di atas mampu menjadikan insan lebih bermodal bukan setakat bermodalkan ilmu pengetahuan tetapi bermodalkan kemahiran yang menjadi faktor penggerak ke arah tindakan yang membawa makna dalam kehidupan. ~ Oleh Dr. Ismail Zain

      Current date/time is Mon May 13, 2024 10:55 pm