FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Terkini Program Jom MAsuk 'U' EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty

5 posters

    Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16376
    Join date : 09/06/2009

    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by Admin Sat Jun 20, 2009 8:30 am

    Alhamdulillah bermula 18 Jun, seramai 12 orang AJK Program MUST IN telah mula berkampung di SMASKP untuk tujuan melakukan tugas-tugas persiapan program dan perbincangan modul.
    19 Jun 2009: Bilangan AJK yang mewakili batch 3 - 7 telah mula bertambah. Sehingga malam semalam seramai 37 orang telah berada di SMASKP. Barisan AJK mulai sibuk menyiapkan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan sepanjang program ini. Program MUST IN telahpun membuka tirainya bermula pada pukul 3.00 petang dengan sesi pendaftaran dan taklimat. Program diteruskan pada sebelah malamnya dengan kuliah maghrib oleh Saudara Fudhail. Sementara ini satu perjumpaan/taklimat untuk urusetia dan fasilitator oleh Abi (Ust Baha) untuk menyatakan hasrat dan harapan pihak ALUMNI dan sekolah terhadap program ini dan seterusnya sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh para barisan Fasilitator bermula pada pukul 9.15 malam.
    20 Jun 2009: Program hari ini bermula dengan sesi kuliah subuh yang intipatinya mengajak semua untuk merenung dan menghayati kebesaran Allah SWT.
    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16376
    Join date : 09/06/2009

    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Re: Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by Admin Sun Jun 21, 2009 6:31 pm

    20 Jun 2009: Program pagi diteruskan dengan sedikit perubahan saat akhir. Penceramah Jemputan dari Pusat Kaunseling MAINS, tidak dapat hadir bagi membuat pengisian. kekosongan ini telah diisi oleh Ust Syazwan yang turut menyentuh tentang motivasi pelajar. Slot kali ini turut disertai oleh semua pelajar SMASKP. Seusai slot ini, giliran para Fasilitator mengambil alih slot LDK. Pada sebelah petangnya pula, sekali lagi slot yang dirancang gagal diisi oleh penceramah jemputan. Namun tindakan bijak para urusetia dan fasilitator untuk menggantikan slot tersebut dengan aktiviti pengenalan IPTA oleh mahasiswa/si dari kalangan urusetia sendiri. Respon yang diberi oleh pelajar melalui tinjauan rambang selepas slot tersebut rata-rata pelajar berpuas hati dapat mendengar penjelasan pelajar sendiri untuk menceritakan realiti IPTA masing-masing.

    Pada sebelah malamnya pula, kuliah maghrib diisi oleh saudara Sabri sementara segelintir urusetia mengadakan 'perbincangan' dan majlis ramah mesra sesama sendiri. Waktu malam seusai solat isyak, program diteruskan dengan slot forum yang di 'panelkan' oleh saudari Ayuni (Yuna- Dah luncah ambum belum?) dan saudara Rahim Rachman. Forum ini turut disertai bukan sahaja dalam kalangan tingkatan 4 & 5 bahkan seluruh pelajar smaskp turut menghanyatkan sesi soal jawab yang berlanjutan sehingga pukul 11.15 malam. Seperti tidak mengenal erti keletihan, para urusetia terus berkongsi 'keletihan' mereka bersama semua pelajar smaskp di dalam slot muhasabah yang berlanjutan sehingga menghampiri 1.00 pagi.

    Menghampiri 5.00 pagi para pelajar mulai mengisi ruangan awal subuh bagi melaksanakan ibadah qiammullail walaupun tidur agak lewat pada malam tadi.(masa qiamulllail dapat 2 saf je,...ngantuk kot).

    21 Jun 2009: Qiamullail dipimpin oleh saudara Zaim sehinggalah waktu subuh. Selesai bacaan al Ma'thurat, kuliah subuh telah disampaikan oleh saudara Rahim rachman.

    Selepas sarapan, slot seterusnya diisi oleh Ustaz Uzair yang mewakili Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah (SMATT). Sesi LDK dan resolusi menyusul selepas itu dan berakhir pada pukul 12.15 pagi. Sementara pembentangan pelajar sedang rancak berhujjah, para urusetia yang terlibat dengan persiapan penutupan sedang 'bersilat' untuk menyiapkan persiapan penutupan. Tahniah atas komitmen dan kesungguhan kalian.

    Tepat 12.35 tengahari majlis penutupan pun bermula. Tuan pengetua yang telah hadir lebih awal turut ditemani Guru Penasihat, YDP ALUMNI Saudara Sabri dan Pengarah Program saudara Rahmat mula mengambil tempat.... komentar akan bersambung malam ni.... (catatan ini dibuat semasa majlis penutupan sedang berlangsung...)
    cHeeRy
    cHeeRy


    Posts : 4
    Points : 16318
    Join date : 09/06/2009
    Age : 33
    Location : seRemBan

    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Re: Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by cHeeRy Sun Jun 21, 2009 7:10 pm

    maaf x dpt join ALUMNI,
    krn sy de program anak angkt
    di klang...
    avatar
    saia.b8


    Posts : 7
    Points : 16300
    Join date : 13/06/2009
    Location : bumi Tuhan

    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Re: Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by saia.b8 Sat Jun 27, 2009 6:11 pm

    best! taun dpn sy lak jd fesi..

    hehhe~ Cool
    naQiEyAh *6
    naQiEyAh *6


    Posts : 1
    Points : 16297
    Join date : 12/06/2009
    Age : 34
    Location : - j0E h0Le -

    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Re: Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by naQiEyAh *6 Tue Jun 30, 2009 10:22 am

    huhuhuhu...nape la time program nie sy x cuti....sedey nye.... Crying or Very sad
    amali89
    amali89


    Posts : 4
    Points : 16198
    Join date : 19/07/2009
    Age : 34
    Location : Selangor

    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Re: Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by amali89 Sun Jul 19, 2009 1:26 am

    bes giler program nie... hahaha

    Sponsored content


    Terkini Program Jom MAsuk 'U' Empty Re: Terkini Program Jom MAsuk 'U'

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 4:05 pm