FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] Empty

    Analisis Ucapan OBAMA di Mesir [ Siri 1/2 ]

    avatar
    kembara09


    Posts : 12
    Points : 16331
    Join date : 12/06/2009
    Age : 37
    Location : Kuala Pilah

    Analisis Ucapan OBAMA di Mesir  [ Siri 1/2 ] Empty Analisis Ucapan OBAMA di Mesir [ Siri 1/2 ]

    Post by kembara09 Sat Jun 13, 2009 10:51 am

    Belum pun dua bulan Obama berkunjung ke Istanbul dan memberikan ucapannya di sana, kini dia mengalihkan pula sasarannya ke wilayah Kinanah (Mesir) melalui Jazirah Arab. Dia kemudian disambut oleh rejim Mesir pada pagi hari Khamis (4/6/2009) dengan sambutan bak pahlawan yang baru pulang dari medan tempur dengan membawa kemenangan! Sejak pukul 9 pagi, di mana pesawat yang dinaikinya dijadualkan akan mendarat, bahkan jauh sebelum itu, sudah tampak pengawalan yang amat ketat. Pasukan keselamatan kelihatan di mana-mana. Pelbagai bunga dan hiasan ucapan selamat berderetan menyambut Obama, Presiden Amerika, pemimpin kekufuran, yang hingga kini masih tetap menumpahkan darah umat Islam di Afghanistan, Pakistan, dan Irak. Rejim Mesir telah menyiapkan di setiap penjuru kawasan, pelbagai konvoi yang lengkap dan tercanggih, pasukan elit bersenjata, limosin mewah berserta alunan muzik…Kemudian, pemimpin rejim Mesir menyambut si kafir ini dari pintu Istana Kubah dengan sambutan hangat dan penuh penghormatan. Lalu, dari sana, Obama pergi menuju ke Universiti Kairo untuk berdiri di mimbar kehormat yang telah dipersiapkan khusus untuknya, lalu menyampaikan ucapannya kepada kaum Muslimin! Isi ucapan yang disampaikan Obama tidak ada bezanya dengan polisi umum mantan presiden Amerika sebelumnya dan juga mantan-mantan presiden AS sebelum ini, baik dalam hal perang yang dilancarkan Amerika ke atas negeri-negeri kaum Muslimin, isu Palestin, hubungan erat dengan entiti Yahudi, isu senjata nuklear mahupun isu-isu lainnya. Isi pidato Obama tidak keluar dari usaha merealisasikan kepentingan Amerika, mulai dari awal hingga akhir, di mana semuanya merupakan usaha AS untuk menarik public opinion kaum Muslimin agar “memahami” bahawa perang yang dilancarkan Amerika di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini adalah perlu dan bersandar atas kebenaran.
    Namun demikian, dilihat dari sudut bentuk penyampaian, pidato yang disampaikan Obama memiliki keistimewaan melebihi para pemimpin sebelumnya. Penyampaian Obama dibaluti dengan penipuan yang begitu halus dan sempurna sehingga sesiapa sahaja yang mendengarkan perkataannya akan beranggapan bahawa ucapan tersebut tidak lebih dari usaha Obama untuk mewujudkan hubungan baik dengan dunia Islam. Inilah kehebatan Presiden AS ini dari seni penipuan dan penyesatan melalui permainan kata-katanya. Allah SWT berfirman, “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].
    Ini dilihat dari sudut usaha Obama membangun hubungan umum. Sedangkan jika dilihat dari sudut isu-isu sensitif dan isu-isu lain yang dapat diamati, isi ucapannya itu merupakan suatu yang sangat pedas, tajam, jelas dan tanpa terlindung, memanifestasikan permusuhannya yang tidak mengenal maaf terhadap kaum Muslimin. Allah SWT mengingatkan kita, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].
    Obama memulakan pidatonya dengan melontarkan berbagai ancaman kepada mereka yang disebutnya sebagai puak teroris dan puak ekstremis di Afghanistan dan Pakistan dan Obama berikrar tidak akan sekali-kali bertolak-ansur dengan golongan ini. Bahkan dia menyeru semua negara untuk berperang dengan golongan tersebut. Dengan bangganya Obama mengatakan bahawa dirinya telah mengumpulkan 46 buah negara untuk membantunya berperang di Afghanistan. Tidak cukup dengan itu, Obama telah (benar-benar) mengebom Pakistan, baik secara langsung mahupun tidak. Dalam hal ini, dia tidak merasa bersalah sama sekali, bahkan dia menilainya sebagai pembunuhan yang “mulia”, meskipun yang dibunuhnya itu kebanyakannya terdiri dari kaum wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Sungguh, semua pembunuhan itu dapat disaksikan dengan jelas di Afghanistan. Namun, tragedi pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua ini dijustifikasikan oleh tentera Obama sebagai suatu 'kesilapan', bukannya kesengajaan!! Sekiranya pembunuhan kejam ini tidak tersiar, nescaya mereka akan mengatakan bahawa kesemua yang mereka bunuh adalah para ekstremis!
    Sesungguhnya, setiap Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, yang tidak ingin negerinya diduduki dan dijajah oleh Amerika, atau seorang Muslim yang tidak ingin tempat-tempat sucinya dirampas oleh bangsa Yahudi, maka Muslim seperti inilah yang dinilai Obama sebagai seorang ekstremis! Meski telah jelas pelbagai kejahatan dan pembunuhan secara ganas yang terus-menerus dilakukannya di Afghanistan, Pakistan, dan Irak, namun Obama tidak henti-henti mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi Islam dan kaum Muslimin, seperti yang telah dia katakan di Turki. Sungguh benar sekali Rasulullah SAW yang telah memberi gambaran tentang siapakah manusia yang tidak tahu malu, dengan sabda baginda, “Jika kamu tidak tahu malu, maka berbuatlah sesukamu.” [HR Muslim]. Tentera Amerika telah melakukan pembantaian di negeri-negeri kaum Muslimin dan melancarkan peperangan kejam ke atas umat Islam siang dan malam yang mengakibatkan ribuan nyawa melayang dan jutaan orang menjadi pelarian meninggalkan negeri yang sebelumnya memberikan ketenangan dan keamanan kepada mereka. Namun demikian, Obama masih sahaja mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi kaum Muslimin!!
    Kemudian ketika Obama beralih ke isu Palestin di dalam ucapannya itu, dia dengan lantang dan berterus-terang mengatakan bahawa hubungan keselamatan dan hubungan lainnya antara Amerika dan Yahudi (yang telah merampas tanah Palestin) teramat rapat dan tidak dapat dipisahkan. Presiden AS itu dengan tegas menyatakan bahawa negara Yahudi harus tetap wujud di atas tanah yang didudukinya (Palestin) dan dia tidak akan menerima apa pun alternatif selain ini! Obama seterusnya menekankan solusi dua-negara (two-state solution), iaitu hak bangsa Yahudi atas sebahagian besar tanah Palestin, sementara tanah yang tersisa sedikit, jika pun ada, disebut sebagai ‘negara’ bagi warga Palestin. Kemudian dengan liciknya, Obama cuba ‘menarik’ sensitiviti umum, bahawa dia ingin menghentikan pembinaan penempatan Yahudi. Obama sesungguhnya bukan bermaksud untuk menghapuskan penempatan Yahudi (yang sedia ada), cuma mahu menghentikan pembinaannya (yang baru) sahaja! Itu pun, dia hanya akan menghentikannya setelah puak Yahudi melihat tidak ada lagi tanah yang aman bagi mereka, kecuali dengan dibangunkan benteng dan istana! Keinginan menghentikannya itu pun tidak akan dilakukan begitu sahaja, tetapi mesti ada persyaratannya, iaitu umat Islam harus menghentikan setiap bentuk perlawanan dan permusuhan terhadap Yahudi, sebagaimana yang ditegaskan di dalam road map tajaan Amerika!
    Obama seterusnya berucap tentang isu senjata nuklear di mana Iran menjadi fokus utamanya. Dia menginginkan rantau Timur Tengah yang bersih dan bebas dari senjata nuklear dan tidak ada perlumbaan pembinaan senjata nuklear di dalamnya. Di sini, Presiden AS ini sama sekali tidak menyentuh entiti Yahudi walau sedikit pun, padahal dia tahu dengan jelas bahawa institusi Yahudi adalah negara berkekuatan nuklear!
    Sila baca siri 2/2...

      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 5:16 pm