FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
PANDUAN QUNUT NAZILAH EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


PANDUAN QUNUT NAZILAH Empty

    PANDUAN QUNUT NAZILAH

    avatar
    kembara09


    Posts : 12
    Points : 16310
    Join date : 12/06/2009
    Age : 37
    Location : Kuala Pilah

    PANDUAN QUNUT NAZILAH Empty PANDUAN QUNUT NAZILAH

    Post by kembara09 Sat Jun 27, 2009 12:29 am

    Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

    CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

    Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

    Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

    1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
    2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
    3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

    Peringatan:
    · Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
    · Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.

    DOA QUNUT NAZILAH


    Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

    Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 3:50 pm