FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit Empty

    BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit

    cikgu
    cikgu


    Posts : 13
    Points : 16315
    Join date : 11/06/2009
    Age : 47
    Location : Kuala Pilah

    BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit Empty BM juga bakal diwajibkan lulus peringkat kredit

    Post by cikgu Fri Jun 26, 2009 10:39 pm

    KUALA LUMPUR 19 Jun - Kerajaan bersedia pada masa hadapan untuk mewajibkan pelajar lulus di peringkat kredit bagi subjek Bahasa Melayu sebagai syarat layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata pertimbangan itu dibuat selepas kajian mendapati pelajar bukan Melayu dan Melayu gagal menguasai bahasa kebangsaan itu dengan baik terutamanya dalam penulisan.

    "Kerajaan memang menyedari kelemahan ini. Bahkan saya yakin ia akan dibuat (wajib lulus kredit) kerana ramai pelajar gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik. Pelajar Melayu sendiri berdepan dengan masalah ini, apatah lagi bukan Melayu.

    "Kita bukan sahaja menumpukan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi pada masa yang sama, bahasa kebangsaan perlu diletakkan pada tahap yang sepatutnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas syarat Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) yang hanya bersetuju dengan cadangan untuk mewajibkan calon SPM perlu lulus bahasa Inggeris jika kerajaan memenuhi lapan tuntutan mereka.

    Antara kandungan tuntutan tersebut ialah Gapena mahu bahasa Melayu diwajibkan lulus peringkat kredit untuk mendapat SPM.

    Mengulas lanjut, Puad memberitahu, Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk menambah masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (T) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C).

    "Pelajar di SJKT dan SJKC perlu belajar bahasa Melayu lebih lama dari masa sekarang. Mereka akan belajar bagi tempoh masa yang sama seperti bahasa Tamil mahu pun Mandarin.

    "Buat masa ini mereka hanya belajar selama 260 minit bagi tempoh seminggu," katanya.

    Bagaimanapun, Puad enggan menjelaskan jumlah tambahan masa yang bakal diwajibkan.

    Dalam pada itu, beliau menegaskan cadangan syarat wajib bahasa Inggeris tidak akan dilaksanakan secara tergesa-gesa.

    Menurutnya, kerajaan hanya akan melaksanakan syarat tersebut apabila negara mempunyai guru bahasa Inggeris terlatih yang mencukupi serta mempunyai pusat latihan guru bahasa Inggeris.

    Sehubungan itu, katanya, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil guru asing bagi menampung kekurangan guru bahasa Inggeris yang berkualiti terutamanya di kawasan luar bandar.

    Kepada soalan sama ada kerajaan bersedia untuk memansuhkan Pembelajaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Puad menjelaskan perkara itu akan diputuskan dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

    "Semua pihak tidak perlu khuatir kerana kerajaan telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu PPSMI dalam masa terdekat," katanya. - Utusan Malaysia

      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 5:54 pm