FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN Empty

    GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16292
    Join date : 09/06/2009

    GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN Empty GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN

    Post by Admin Tue Jun 16, 2009 11:25 pm

    Perubahan merupakan cogankata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."
    Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.


    • Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan?

    • Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu?

    • Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatakan dalam kajian kita ini (Generasi muda dan Perubahan).

    • Kenapa mesti Pemuda?

    • Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?

    • Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
    Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
    Menurut Islam setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada pertentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:
    1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.
    2) Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.
    3) Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
    Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas—tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas.
    Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda, dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
    Allah swt. berfirman:16:70. ..dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.
    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 26
    Points : 16292
    Join date : 09/06/2009

    GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN Empty Kenapa pemuda menjadi objek di sini?

    Post by Admin Tue Jun 16, 2009 11:35 pm

    Kenapa pemuda menjadi objek di sini?
    Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
    Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yangkhusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya:
    'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'
    Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut kebelakang (susut). Firman Allah swt: 3:140. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia.
    Dan benarlah sabda Rasulullah:
    ‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.
    Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.
    Kenapa Pemuda Islam?
    Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
    Para pemuda yang bersifat Islam adalah suatu hal, dan para pemuda tanpa Islam adalah suatu hal yang lain dan tidak ada apa-apa selain dari itu. Para pemuda dengan Islam bererti pemberi, iaitu kebaikan dan pembinaan dan yang tanpa Islam ialah celaka dan bala'.
    Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;
    Pemuda yang tiada peribadi,bersikap seperti kera;
    Pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang ;
    Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan;
    Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka;
    Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.
    Kenapa Perlunya Persiapan Pemuda Islam?
    Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda Islam ini?
    Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu sudah mencukupi?
    Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja? Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?
    Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?
    Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing sematamata?
    Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan.
    Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
    Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.
    Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam.
    Ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku. Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang lain ini akan mem-bawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan cuba hidup bersamanya.

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 5:12 pm