FORUM BESTARI

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
FORUM BESTARI

Ukhuwah Tetap Segar Di Hati Walau Jauh Di Mata

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Latest topics

» MUKTAMAD: SPM Hanya 10 subjek mulai tahun depan
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyWed Feb 03, 2010 7:53 am by Syahratul-nisa'

» Ak sgt bimbang..
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyMon Dec 21, 2009 10:51 pm by curve

» 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad s.a.w
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptySat Dec 12, 2009 2:42 am by curve

» MUSLIMAH!!!!
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyMon Nov 30, 2009 11:41 pm by curve

» petua untuk hati
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyMon Nov 30, 2009 11:40 pm by curve

» kerana selembar bulu mata
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyMon Nov 30, 2009 11:39 pm by curve

» Rahsia Disebalik Hari
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyFri Nov 27, 2009 12:03 am by curve

» Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyThu Nov 26, 2009 11:57 pm by curve

» Rahsia Kelebihan dan Hikmah Sujud
5 Tips Pengukuh Jiwa EmptyThu Nov 26, 2009 11:55 pm by curve

Local News

World & Science News

About Islam

Gallery


5 Tips Pengukuh Jiwa Empty

    5 Tips Pengukuh Jiwa

    avatar
    curve


    Posts : 28
    Points : 16281
    Join date : 16/06/2009
    Age : 33
    Location : putrajaya

    5 Tips Pengukuh Jiwa Empty 5 Tips Pengukuh Jiwa

    Post by curve Thu Nov 26, 2009 11:40 pm

    1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA


    Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan
    permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita
    tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.
    Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu
    ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada
    Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita.
    Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut
    pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ala.
    Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat
    terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya.
    Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita
    harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan
    harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita.
    Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
    2. REDHA


    Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha
    dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani.
    Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat
    hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah
    bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak
    tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.
    Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan
    berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita
    telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.
    3. INGAT JANJI ALLAH


    Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih
    berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam
    terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah
    yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar
    menghadapinya.
    Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan
    dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui
    batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
    Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya
    akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati,
    agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk
    agar tetap tenang, tabah dan sabar.
    Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita
    tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan
    menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah
    permasalahan.
    Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah.
    Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan
    yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah
    dengan janji Allah Ta’ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri
    yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan,
    dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.
    Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri.
    4. PASTI ADA HIKMAH


    Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah
    dengan izin dan kehendak Allah Ta’ala. Dan pastinya Allah tak mungkin
    berbuat sesuatu dengan sia-sia.
    Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit
    mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung
    di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha.
    Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini
    menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas
    dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah
    mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.
    Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang
    telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa
    sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan.
    Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang
    kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh
    untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
    dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan
    mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.
    5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA


    Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua
    makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun,
    ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan
    membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala.
    Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah
    satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik
    daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas
    segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang
    mengatur segala-galanya.
    Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya
    agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan
    yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan
    daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada
    makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan
    dengan sabar dan solat.

      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 12:31 am